Seorang maut, lima cedera, kereta dipandu terbabas lalu tersusuk besi penghadang jalan
MIRI: Seorang wanita menemui maut manakal lima lagi penumpang dalamnya mengalami kecederaan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan berhampiran Kilang Alam Bumi di Jalan Pan-Borneo petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, mangsa yang disahkan maut dikenali sebagai Diana Tinsie Douglas berusia 20 tahun.
"Sepasukan anggota BBP Batu Niah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 petang bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa," ujarnya.
Sampai di lokasi ujarnya, pasukan PKO BBP Batu Niah mendapati sebuah kereta terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri jalan menghala dari Bintulu ke Miri," ujarnya.
Tragisnya, besi penghadang jalan terbabit telah tertusuk pada badan kereta berkenaan sehingga tembua ke bahagian belakang kereta.
Setelah size up dijalankan katanya, pasukan bomba mendapati hanya seorang mangsa masih berada di tempat duduk penumpang belakang.
Setelah membuat pemeriksaan keadaan mangsa yang tidak tersepit, PKO memulakan operasi mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, lima lagi mangsa yang mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke klinik berdekatan bagi diberikan rawatan susulan.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.