Sarawak hantar pasukan ke Royal Albert Hall, London belajar seni persembahan

KUCHING— Dalam usaha memberi nafas baharu kepada pameran sejarah, Kerajaan Sarawak menyatakan penekanan terhadap menterjemah penyelidikan artifak dan sejarah kepada seni persembahan

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata demikian semasa sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 di Muzium Budaya Borneo.

"Kita di Sarawak mahu mempunyai penekanan yang berbeza. Kami mempamerkan sejarah yang boleh dikaji daripada artifak dan pameran, dan langkah seterusnya ialah menterjemahkannya ke dalam seni persembahan supaya orang ramai boleh lebih faham."

Abang Johari menjelaskan, "Mula-mula, anda boleh belajar daripada artifak dan pameran anda, tetapi langkah seterusnya ialah menterjemahkan perkara itu kepada pembentangan supaya penonton faham."

Bagi menyokong usaha ini, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan lebih RM200 juta untuk menubuhkan pusat seni persembahan yang canggih. Bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan diubah suai untuk menempatkan kemudahan unik ini.

"Kita telah menghantar pasukan dalam lawatan sambil belajar ke Royal Albert Hall di London kerana pusat seni persembahan kami mesti mempunyai sistem bunyi yang baik dan pentas moden untuk kami mempersembahkan persembahan," kata beliau.

Beliau percaya bahawa Sarawak memiliki kekayaan warisan yang boleh untuk dikongsi dengan dunia dan menggalakkan para penyelidik untuk membuat penyelidikan lanjut mengenai warisan budaya Sarawak.

"Kita mempunyai lebih banyak warisan di Sarawak. Kita boleh berkongsi dengan dunia. Kita berharap ramai penyelik dapat menjalankan siasatan lanjut mengenai warisan kita di Sarawak," tambahnya.

Tambahan pula, Abang Johari menekankan kepentingan jaringan dalam kalangan muzium untuk memudahkan penyelidikan dan memperkayakan pengetahuan masyarakat tentang ketamadunan dan kemanusiaan.

"Ini bermakna masa depan ada untuk kita. Kita mempamerkan sejarah silam yang ingin dikongsikan dengan pengunjung dan pada masa yang sama memperkaya budaya dan ilmu untuk kita menentukan masa depan," kata Abang Johari.Sumber 

Muzium Budaya Borneo, yang dibuka kepada orang ramai pada Mac tahun lalu, telah menerima kunjungan yang menggalakkan dengan bilangan mencecah lebih 700,000 pengunjung. 

Sumber /Gambar ihsan Pejabat Premier Sarawak
Next Post Previous Post