OKT meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan

MARUDI— Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki tempatan yang juga orang kena tahan (OKT) meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Beluru, dekat sini pada 31 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Sri Azri Ahmad berkata lelaki berusia 50 tahun, sebelum itu ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Semasa dalam perjalanan ke IPD Marudi, OKT mengadu sakit dada dan sukar bernafas. 

“OKT segera dibawa ke Klinik Kesihatan Beluru untuk mendapatkan rawatan. Pada jam 10.30 malam hari yang sama, OKT telah disahkan 
meninggal dunia oleh pembantu perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azri berkata, sehubungan itu bedah siasat akan dijalankan di Hospital Miri pada esok hari (3 Ogos) untuk mengetahui punca kematian.

Katanya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.
Next Post Previous Post