Lelaki menemui maut, kereta dipandu rempuh lori

BINTULU: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Samalaju petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad dalam kenyataannya hari ini berkata, dalam kejadian sekitar jam 4.20 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Kooh Boon Chuan, 20 dikatakan merempuh bahagian belakang sebuah lori yang diparkirkan tepi jalan oleh pekerja yang sedang mengecat dan membaiki jalan raya.

"Sampai di lokasi, komander operasi membuat size-up dan mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa menggunakan alatan khas resque tool (RTA) spreader cutter dan telescopic ram.

Sejurus itu ujarnya, mayat mangsa diserahkan kepada Unit Ambulans Klinik Kesihatan Nyalau ambulan dan disahkan meninggal ditempat kejadian.

Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Gambar BBP Bintulu
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.