Lelaki warga emas dilaporkan hilang di khuatiri di baham buaya di Kampung Ulak Limbang
LIMBANG- Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang dikhuatiri di baham buaya ketika mencari rotan dan membubu ikan di Kampung Ulak semalam.
Mangsa Sahari Mail 66, berasal dari Kampung Telahak dilaporkan telah hilang selepas keluar dari rumah pada waktu tengah hari semalam dan tidak pulang sehingga hari ini.
Pegawai Operasi Zon Tujuh Limbang Clarence D.Primus Tiandun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8 pagi hari ini dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi yang jauhnya 18 kilometer dari balai.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di mulakan jam 9 pagi melibatkan aset beberapa buah bot daripada pasukan bomba, polis marin, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.
“ Operasi pencarian dilakukan di sungai Radius satu kilometer dari kawasan terakhir mangsa di khuatiri hilang.
“Pasukan pencarian di darat di bahagi kepada dua pasukan, iaitu pasukan membuat pencarian di sekitar kawasan kebun dan satu pasukan membuat pencarian di kawasan bukit,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata Clarence pasukan pencarian di kawasan darat dan sungai belum menemui kesan dan jejak mangsa.
Gambar kredit to Bomba Limbang.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.