Lelaki tertua di Malaysia meninggal dunia pada usia 113 tahun
SARIKEI-- Seliman Bandang yang merupakan pemegang rekod lelaki tertua dalam Malaysia Books of Record meninggal dunia pada usia 113 tahun.
Perkara ini disahkan cucunya Micky Chang dalam hantaran Facebooknya hari ini yang memaklumkan mendiang moyangnya itu menghembus nafas terakhir di Hospital Saratok.
"Udah mupuk cicit ya ninggal ke kami, Minta bala bela bersampi ke semengat aki kami awak ke lntang begulai enggau Apai ti ba syurga de din.. Rest in peace aki Seliman Anak Bandang.. 21.03.1910 - 19.08.2023.
"Niang aki kami deka di intu bebala mayuh kena 21.08.2023 ba rumah panjai Mulok Klua Krian Saratok lalu deka d anjung 22.08.2023," tulisnya dalam hantaran itu.
Menurut Micky, datuknya diberi penghormatan terakhir hari ini di Rumah Panjang Mulok Klua, Krian, Saratok dan akan dikebumikan pada 22 Ogos 2023.
Untuk rekod, Seliman yang dilahirkan pada 21 Mac 1910 itu sempat menyaksikan sendiri siri penjajahan Jepun dan pemerintahan kerajaan British di bawah naungan Rajah Putih kedua James Brooke.
Mendiang meninggalkan dua orang anak, sembilan orang cucu dan 13 orang cicit sementara isterinya telah meninggal dunia pada tahun 1983.