Lelaki terperangkap dalam lif di tingkat 8 selama setengah jam sebelum diselamatkan

SARIKEI: Seorang lelaki warganegara asing berusia 42 tahun berhadapan dengan detik cemas apabila terperangkap dalam lif di tingkat 8 bangunan pusat petadbiran Tanjung Manis selama setengah jam sebelum diselamatkan pasukan bomba petang tadi.

Maklumat awal yang diterima dari BBP Tanjung Manis pasukannya menerima makluman berhubung kejadian pada jam 4.35  petang.

Justeru sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam lif terbabit

Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba membuat 'size up' yang mana anggotanya menggunakan tangga untuk naik ke tingkat 8.

Setelah membuat pemeriksaan ke atas lif tersebut dan menerima makluman dari pegawai penjaga bangunan bahawa juruteknik dari syarikat pembekal lif tersebut berada di kuching dan bangunan tersebut belum diduduki.

Pasukan bomba menggunakan crowbaw untuk mengumpil pintu lif tersebut dan berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 4.55 petang. 
Mujurlah mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Setelah selesai mendapatkan maklumat mangsa, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.