Lelaki sempat keluar lari menyelamatkan diri sebelum 4WD dipandu musnah terbakar

SERIAN: Seorang lelaki sempat keluar lari menyelamatkan diri selepas pacuan empat roda model Isuzu yang diletakkannya di hadapan sebuah pasar raya tiba-tiba terbakar.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian bergegas ke lokasi sejurus menerima makluman berhubung insiden pada jam 1.04 petang.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan sebuah 4WD yang sedang diparkirkan di hadapan pasar raya berkenaan,"

Pasukan bomba ujarnya mengambil masa setengah jam bagi memadam kebakaran yang berlaku yang mana api berjaya dikawal pada jam 1.30 petang.

Setelah api berjaya dikawal sepenuhnya dan tiada berlakunya kebakaran berulang, maka pasukan bomna bertolak semula balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post