Lelaki patah kedua-dua belah kaki dalam kemalangan berantai

KUCHING: Seorang lelaki patah kedua belah kaki selepas terbabit dalam kemalangan berantai yang melibatkan tiga buah kereta di Jalan Puncak Borneo, Padawan pada jam 10.10 pagi tadi.

Seorang lagi mangsa terlibat iaitu seorang lelaki turut mengalami kecederaan dan mengadu sakit dada dan berada dalam keadaan lemah.

Seorang lagi wanita warga emas bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sememangnya berlaku kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Proton Saga, Perodua Viva dan Perodua Alza.

Terdapat dua orang mangsa ujarnya memerlukan rawatan yang mana pemandu Proton Saga telah dikeluarkan oleh orang awam dan dirawat oleh pasukan EMRS.

Mangsa yang berada dalam keadaan lemah dan mengadu sakit dada, seterusnya dibawa ke Hosital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut. 
Manakala seorang lagi mangsa iaitu pemandu Perodua Viva dilaporkan tersepit di tempat duduk.

"Pasukan bomba kemudiannya bertindak memotong bumbung kereta menggunakan peralatan resque tool sebelum berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Ambulan KKM yang turut hadir di lokasi. 

Seterusnya pasukan bomba bertindak menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian untuk membersihkan serpihan dan minyak yang tumpah sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.40 tengah hari.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post