Kanak-kanak lelaki terperangkap dalam kereta hampir 30 minit diselamatkan
SIBU—Ibu bapa seorang kanak-kanak lelaki berhadapan dengan detik cemas selepas anaknya terkunci dari dalam kereta semasa hendak membeli minyak di sebuah stesen minyak Petronas di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini petang tadi.
Bimbang sesuatu yang buruk menimpa, maka beliau menghubungi talian kecemasan bagi mengeluarkan anaknya yang terperangkap dalam kereta Perodua Aruz yang dipandunya.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun masih terperangkap dalam kereta terbabit," ujar jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini.
Pasukan bomba katanya mengambil masa hampir setengah jam bagi membuka pintu kereta yang mana akhirnya berjaya dibuka pada jam 5.11 petang.
Selepas itu ujarnya, kanak-kanak tersebut diserahkan kepada ibu bapanya dalam keadaan selamat.
Mujurlah tidak ada kecederaan yang berlaku terhadap kanak-kanak berkenaan.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.