Dua remaja maut tercampak dari motosikal

PADAWAN— Dua remaja perempuan berusia 18 tahun, termasuk seorang pelajar maut selepas motosikal dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 13, Jalan Kuching-Serian, di sini malam tadi. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian pada jam 9.14 malam itu melibatkan motosikal Honda dinaiki kedua-dua mangsa dengan sebuah kereta Camry.

“Siasatan awal ditempat kejadian mendapati dua mangsa menyeberangi menggunakan motosikal dan apabila melepasi pembahagi laluan iaitu tengah jalan, lalu masuk ke laluan pemanduan.

“Pada ketika itu, kereta Camry sedang bergerak lurus dari arah Serian hendak menghala ke arah Kuching sehingga menyebabkannya merempuh bahagian belakang motosikal. 

“Impak daripada perlanggaran tersebut menyebabkan kedua-duanya tercampak di atas pembahagi laluan manakala pembonceng tercampak ke atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, akibat daripada kemalangan tersebut kedua-dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh Paramedik Hospital Umum Sarawak manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan tersebut menyebabkan kedua-ddua kenderaan mengalami kerosakkan pelbagai. 

Cuaca masa kejadian adalah baik dan kawasan jalanraya adalah lurus.

Kes masih dalam siasatan dan disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Next Post Previous Post