Barbarian Invasion dinobat Filem Terbaik AIFFA 2023

KUCHING—Filem Barbarian Invasion arahan Tan Chui Mui dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada malam kemuncak, Festival Filem Antarabangsa (AIFFA) 2023 yang berlangsung dari Old Courthouse Kuching, di sini malam tadi.

Filem terbitan Da Huang Pictures itu menewaskan enam karya lain iaitu Before, Now & Then dari Indonesia, Ginhawa (Filipina), Prebet Sapu (Malaysia), Kargo (Filipina), Perjalanan Pertama (Malaysia & Indonesia) dan Duan Nago Bogho (Malaysia).

Filem lakonan Chui Mui, Pete Teo, Bront Palarae, James Lee dan Zhiny Ooi itu turut memenangi kategori Lakon Layar Terbaik.

Pada 2021, Barbarian Invasion memenangi trofi Jury Grand Prix pada acara kemuncak Golden Goblet Awards sempena Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) Ke-24 di Shanghai, China.

Tahun lalu, pelakon utama yang juga pengarah, Chui Mui diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32). Selain Chui Mui, filem berkenaan turut dibintangi Pete Teo, Bront Palarae, James Lee dan Zhiny Ooi.


Berikut merupakan senarai pemenang AIFFA 2023


1. Filem Terbaik — Barbarian Invasion: Da Huang Pictures
2. Lakon Layar Terbaik —Barbarian Invasion: Da Huang Pictures
3. Pelakon Lelaki Terbaik — Datuk Ahmad Tarmimi Siregar: Perjalanan Pertama
4. Pelakon Wanita Terbaik — Max Eigenmann: Filipina
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik— Hasnul Rahmat:Jerangkung Dalam Almari 
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik — Kim B Ngo: Brilliant Darkness
7. Asean Spirit Award — Duan Nago Bogho 
8. Anugerah Sepanjang Hayat — U-Wei Saari 
9. Anugerah Inspirasi Asean — Rain 
10. Anugerah Ikon Asean — Philip Cheah
11. Anugerah Semangat Asean — Duan Nago Bogho (Malaysia)
12. Pengarah Terbaik — Carlo Obispo: The Baseball Player
13. Pengarah Sinematografi Terbaik — Roy Lolang : The Woman Crowned with A Crescent Moon (Indonesia)
14. Anugerah Editing Filem Terbaik — Faces of Anne (Thailand)
15. Anugerah Istimewa Juri — Before, Now & Then (Indonesia), Fathers (Kemboja)


Gambar ihsan UKAS
Next Post Previous Post