Lelaki menemui maut, 4WD dipandu rempuh pondok tepi jalan sebelum terbalik

MUKAH: Seorang lelaki menemui maut selepas pacuan empat roda (4WD) model Toyota Hilux yang dipandunya merempuh sebuah pondok tepi jalan sebelum terbalik di Jalan Haji Latif pada jam 10.47 malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Lee Aling 52 disahkan meninggal serta-merta di lokasi kejadian oleh pasukan KKM yang turut berada di lokasi kejadian.

"Sepasukan anggota BBP Mukah dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta mengeluarkan mangsa tersepit dalam kenderaan," ujarnya.

Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan 4WD yang melanggar sebuah pondok lalu terbabas dibahu jalan. 

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang masih tersepit di bawah kenderaan tersebut.

Pasukan bomba ujarnya bertindak mengeluarkan mangsa dengan hanya mengalihkan mangsa menggunakan spinal board dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh KKM. 

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan selanjutnya.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post