Buaya baham ayam ditangkap

BETONG: Seekor buaya sepanjang 3.05 meter yang membaham ayam milik seorang pengadu di Kampung Bungin berjaya ditangkap oleh pasukan APM Spaoh malam tadi.

Sepasukan anggota Skuad Bravo telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan khidmat khas menangkap reptilia ganas itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.10 malam.

Sampai di lokasi, pasukan APM mendapati terdapat seekor buaya di lokasi dinyatakan dan bertindak menangkap buaya berkenaan dalam masa satu jam.

Selepas berjaya ditangkap, khidmat khas menangkap reptilia terbabit ditamatkan pada jam 9.48 malam.

Buaya berkenaan dibawa Skuad Bravo ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Spaoh untuk tindakan lanjut.

Gambar APM Betong
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.