Lagi kes kereta rempuh besi penghadang jalan, 3 lelaki cedera

KUCHING--Tiga lelaki cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh besi penghadang jala di Jalan Simpang 3 pada jam 1.36 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota BBP Padungan bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta mengeluarkan mangsa tersepit.

"Sampai di lokasi kejadian pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah kereta merempuh besi penghadang jalan," jelas beliau.

Katanya, seorang pemandu dan penumpang yang berada di tempat duduk bahagian belakang berjaya keluar sebelum pihak bomba sampai.

Manakala seorang lagi penumpang yang duduk di bahagian tempat duduk hadapan masih lagi tersepit. 

Unit EMRS kemudiannya bertindak melakukan rawatan awal kepada kesemua mangsa dan pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak oleh Unit EMRS dan Pihak KKM. 

Setelah kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan selesai dilakukan, maka operasi ditamatkan pada jam 2.19 petang.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post