Dua syarikat Sarawak perolehi kontrak EPC daripada SSB

KUALA LUMPUR—Dua syarikat Sarawak, Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation (Brooke Dockyard) dan OceanMight Sdn Bhd (anak syarikat KKB Engineering Berhad) perolehi kontrak Engineering, Procurement and Construction (EPC) daripada Sarawak Shell Berhad.

Pengerusi negara Shell Malaysia dan naib presiden kanan huluan Shell Malaysia Siti Sulaiman, berkata ia menandakan satu kejayaan dalam memacu pembangunan peningkatan prestasi kontraktor tempatan.

“Di bawah kendalian Pengurusan Petroleum Malaysia, Petronas, Shell Malaysia sebagai kontraktor penyusunan petroleum terus membolehkan penyertaan pemain tempatan dalam industri dan membantu dalam meningkatkan keupayaan mereka.

"Strategi ini juga sejajar dengan rancangan syarikat dalam beberapa tahun akan datang untuk membangunkan medan gas di luar Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata skop kerja yang diberikan adalah untuk kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) untuk ‘wellhead platforms’ standard di Sarawak dan tertakluk kepada kelulusan strategi kontrak keseluruhan (OCS) oleh Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM).

Ini termasuk aktiviti berterusan kami dalam semua kontrak perkongsian pengeluaran air cetek (PSCs) di Sarawak dengan permohonan pertama untuk medan F27, Selasih dan F22 di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran LNG Malaysia (PSC).

“Lokasi itu terletak kira-kira 180 kilometer ke utara Bintulu di luar pantai Sarawak dengan kedalaman air sekitar 90 meter,” tambahnya.

Di samping itu, Shell Malaysia yang merupakan salah satu perintis dalam industri tenaga negara, secara proaktif mengejar pelaburan huluan yang kompetitif dan membangunkan potensi tempatan dalam mengemudi peralihan tenaga.
Next Post Previous Post