KPM nafi pinggir sekolah daif Sarawak
KUALA LUMPUR— Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Sarawak Juanda Jaya bahawa kerajaan tidak menunaikan janji untuk membangunkan sekolah daif di negeri itu.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata banyak usaha sedang dan masih dilakukan oleh KPM termasuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn.
“Pertemuan ini untuk memastikan projek dan kerja-kerja membangunkan sekolah daif di Sarawak dilaksanakan mengikut jadual,” katanya menurut Harian Metro.
Selasa lalu, media tempatan melaporkan Juanda menagih janji kerajaan persekutuan untuk membina bangunan baharu bagi sekolah daif di negeri itu termasuk tiga yang amat daif di kawasannya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pergau, SK Bawang Tian dan SK Sok.
Menurut Juanda, banyak permohonan dihantar kepada KPM untuk membangunkan sekolah daif tersebut namun sehingga ini mereka belum menerima kelulusan.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.