21 unit kenderaan tidak terpakai musnah terbakar

MIRI— Sebanyak 21 unit kenderaan tidak terpakai musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel di Jalan Krokop malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Miri Sentral dengan bantuan BBP Lutong bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada jam 9.38 malam.

Tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah bengkel kenderaan jenis kekal yang sedang terbakar di bahagian hadapan bengkel. 

"Kebakaran melibatkan bengkel simpanan kenderaan tidak terpakai yang mana dianggarkan 21 unit kenderaan pelbagai jenama telah musnah yang mana kebakaran juga telah merebak ke kedai simpanan minyak bersebelahan yang menyimpan sebanyak 300 tong minyak enjin pelincir," ujarnya.

Mujurlah katanya kebakaran telah berjaya dikawal dari merebak ke kedai simpanan minyak terbabit sekaligus menggelakkan berlakunya kebakaran yang lebih besar lagi.

Setelah api berjaya dikawal dan tiada berlakunya kebakaran berulang maka pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post