KPK pertimbang kelapa jadi komoditi - Fadillah

BANTING— Kementerian Perladangan dan Komoditi akan mempertimbangkan cadangan pekebun kecil untuk menjadikan kelapa sebagai komoditi negara.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu akan dibawa ke peringkat atasan untuk dibincang dan dipersetujui.

“Kita mendapat cadangan daripada pekebun kecil di Sabak Bernam dan Tanjung Karang yang mencadangkan kelapa dijadikan komoditi.

“Jadi Lembaga Koko Malaysia akan menjaga koko dan juga kelapa, kita akan bincang dengan peringkat atasan untuk meneliti sama ada ia boleh diluluskan,” katanya menurut Astro Awani.

Terdahulu Fadillah meluangkan masa dalam program sesi santai mesra menyantuni pengusaha tanaman koko di kebun Lee’s Cocoa, Tanjung Sepat, Selangor.

Turut diadakan sesi dialog bersama petani, usahawan dan komuniti koko dari sekitar negeri Selangor itu diadakan untuk mendengar isu dan permasalahan sektor penanaman koko serta mendapatkan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mempertingkat pengeluaran biji koko dan pendapatan petani.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.