Ajal ketika berteduh di perhentian bas
SARIKEI— Seorang penunggang motosikal yang sedang menunggu hujan teduh dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di perhentian bas di Kilometer 25, jalan Sebangkoi, di sini tengah hari tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12 tengah hari.
Mangsa, John Manja berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.
Manakala seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang turut bersama mangsa mengalami kecederaan.
Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan.
Sementara, pasukan Bomba bertindak mengeluarkan pemandu pikap yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.