Pendapatan isi rumah kawasan luar bandar di Sarawak meningkat, bukti pembangunan seimbang

Premier Abang Johari ketika melawat salah sebuah sebuah rumah di Skim Perumahan Kampung Datu Baru, Sibu hari ini.

SIBU— Peningkatan purata pendapatan isi rumah di kawasan luar bandar dan bandar di Sarawak adalah petunjuk negeri ini berada di landasan yang betul untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata, ia membuktikan kerajaan berjaya membawa pembangunan seimbang dan pertumbuhan insklusif di seluruh negeri.

Beliau berkata, tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) menerusi Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah mendapati jumlah pendapatan isi rumah bulanan di Sarawak menyaksikan trend menaik, dengan RM3.7 bilion pada 2019 kepada RM3.9 bilion pada 2022.

“Dalam tempoh tiga tahun, purata pendapatan isi rumah bulanan meningkat daripada RM5,959 pada 2019 kepada RM6,457 pada 2022, iaitu peningkatan 8.4%.

“Daripada angka ini, purata pendapatan isi rumah bulanan di kawasan luar bandar meningkat daripada RM4,218 pada 2019 kepada RM4,579 pada 2022 manakala bagi tempoh yang sama di kawasan bandar meningkat daripada RM7,243 pada 2019 kepada RM7,744

Premier Abang Johari meninjau dalaman salah sebuah rumah yang dibangunkan di Skim Perumahan Kampung Datu Baru, Sibu hari ini.

“Kami menyasarkan untuk mencapai purata pendapatan isi rumah sebanyak RM15,000 menjelang 2030, daripada RM4,544 pada 2019. Saya percaya kami berada di landasan yang betul kerana Bank Dunia baru-baru ini mengakui Sarawak kini sebuah negeri berpendapatan tinggi dengan hasil sebanyak RM11.9 bilion pada 2022," katanya selepas melawat skim perumahan Kampung Datu Baru hari ini (7 Ogos).

Abang Johari menambah, dengan hasil yang lebih tinggi, kerajaan Sarawak menaikkan siling semakan separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 daripada RM30 bilion kepada RM38 bilion.

Katanya, langkah ini bagi mempercepat pembangunan infrastruktur dalam tiada bahagian di negeri ini ketinggalan dalam menikmati pembangunan.

Terdahulu, Unit Komunikasi Awam Sarawak melaporkan beliau mengadakan lawatan ke tapak projek dan rumah contoh di Kampung Datu Baru yang merupakan sebahagian daripada komponen Projek Pembangunan Semula Kampung Datu.

Projek tersebut melibatkan seramai 271 pemilik lot tanah dengan 247 buah rumah di kampung Datu Lama, Kampung Hilir dan sebahagian Kampung Baharu. 

Setakat Julai 2023, sejumlah 290 unit rumah telah siap sepenuhnya.

Gambar ihsan Unit Komunikasi Awam Sarawak.

Gambar ihsan Unit Komunikasi Awam Sarawak
Next Post Previous Post