Kampung Narum, Marudi diisytihar kawasan baharu rabies

MARUDI— Kes rabies yang menjangkiti manusia dan haiwan di Sarawak meningkat dengan Kampung Narum di Marudi diisytihar sebagai kawasan terbaharu jangkitan rabies, susulan satu kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan pada 2 Ogos lalu. 

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom sehubungan itu mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan pergi ke klinik jika digigit binatang. 

“Menurut Jabatan Kesihatan Negeri, Sarawak merekodkan 13 kematian tahun ini daripada 15 kes rabies. Sejak Julai, jumlah kumulatif rabies manusia kini berjumlah 70, dengan 63 kematian.

“Sehubungan itu, pemilik anjing mesti bertanggungjawab untuk memastikan haiwan kesayangan mereka divaksinasi vaksin anti-rabies. Pemilik yang gagal mematuhi Perintah Pemvaksinan Anti-Rabies dikompaun sehingga RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak telah memperhebat anti program vaksinasi rabies di seluruh Sarawak khususnya di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. 

Dr Rundi menambah, pada 19 dan 20 Ogos ini, vaksinasi besar-besaran akan diadakan di Taman Awam Miri mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. 

“DVS Sarawak dan Immune Belt Enforcement Team (IBET) (IBET) mensasarkan untuk memvaksin 40,000 ekor anjing seluruh Sarawak menjelang akhir tahun ini. Setakat ini sebanyak 27,668 ekor anjing berjaya divaksin.

“Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan anjing yang diberi vaksin oleh DVS Sarawak dan Immune Belt Enforcement Team (IBET) (IBET) di seluruh Sarawak mempunyai 27,668 ekor berbanding 40,000 ekor yang disasarkan menjelang akhir tahun,” katanya lagi.

Katanya, sebelum ini jumlah kawasan yang diisytiharkan sebagai jangkitan rabies sejak 2017 ialah 73 kawasan.

Sebanyak 73 ekor anjing dan lima ekor kucing positif rabies daripada 392 sampel yang diuji. 

Rabies haiwan dikesan di Lundu (3), Bau (2), Kuching (31), Padawan (18), Kota Samarahan (5), Bintulu (2), Tebekang (4) dan masing-masing satu kes di 
Siburan, Serian, Sibu, Selangau, Mukah, Marudi dan Lawas.
Next Post Previous Post