Tujuh remaja pukul pelajar kerana 'awek' direman

JOHOR -- Tujuh pelajar yang dipercayai terlibat memukul seorang remaja lelaki di kawasan rekreasi dalam Taman Bistari Indah di sini pada 9 Ogos lalu direman selama dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan, lapor wartawan Sinar Harian, Zulhisham Isahak/ Nor Azura Md Amin.

Proses reman tersebut mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes tersebut pula disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, pada 9 Ogos lalu, remaja lelaki berkenaan dipukul sekumpulan pelajar sekolah di taman tersebut sehingga mengakibatkan kecederaan.

Susulan itu polis menahan semua suspek selepas melakukan enam serbuan di sekitar daerah ini bermula dari jam 5.30 petang sehingga 9.34 malam Isnin.

Motif kejadian yang turut tular itu berpunca daripada seorang suspek yang tidak berpuas hati mangsa berkawan dengan teman wanitanya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.