Budak Korea Selatan diculik, disumbat dalam bagasi di Filipina

Gambar Facebook

Seoul: Kanak-kanak perempuan warga Korea Selatan berusia lapan tahun yang diculik dan disumbat dalam bagasi di Pulau Cebu, Filipina, sudah pulang dengan selamat ke rumahnya.

Berita itu dimaklumkan pihak Kementerian Luar di sini, Jumaat lalu, yang turut memberitahu kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, dia tetap ditahan di hospital untuk tujuan pemeriksaan.

Menurut The Straits Times yang memetik The Korea Herald, kanak-kanak itu diculik dari rumahnya di Cebu, pada tengah hari Khamis lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki mengheret bagasi besar sebelum melarikan diri.

Suspek yang dipercayai berusia 30-an didapati memecah masuk ke dalam rumah terbabit dan menunggu kanak-kanak itu.

Ibu bapanya hanya pulang ke rumah selepas kejadian dan mendapati anak mereka hilang sebelum melaporkan kes terbabit kepada polis.

Kerjasama pihak berkuasa dan Konsulat Korea Selatan di Cebu, akhirnya membawa kepada penangkapan suspek pada petang Khamis lalu.

Kanak-kanak itu bersatu semula dengan keluarganya.

Rakyat Korea Selatan yang juga tinggal di Cebu turut membantu berkongsi butiran kereta suspek termasuk model dan nombor pendaftaran, di media sosial.

Ibu bapa kanak-kanak itu menzahirkan terima kasih kepada kedutaan Korea Selatan yang tindakan cekap menangani kes itu dan memastikan anak mereka pulang dengan selamat.

Kredit Harian Metro 
Next Post Previous Post