Jengkaut terbakar, pengendalinya nyaris maut
SERIAN: Seorang lelaki nyaris maut selepas jengkaut yang dikendalikannya tiba-tiba terbakar semasa sedang menjalankan kerja di kawasan Batu 56 Jalan Seria-Sri Aman tengah hari tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota BBP Serian dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.21 tengah hari.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan sebuah jengkaut jenis Sany Excavator yang berada ditepi jalan, " ujarnya.
Pasukan bomba kemudiannya memadamkan kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula pam jentera sumber air tangki jentera sehingga kebakaran padam sepenuhnya.
Pasukan bomba mengambil masa setengah jam bagi memadam kebakaran yang mana api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.06 petang.
Setelah mendapati keadaan selamat dan keadaan terkawal sepenuhnya, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.