Asfia pangku tugas TYT Sarawak
KUCHING—Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, hari ini diwar-warkan mengangkat sumpah sebagai Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak berkuat kuasa esok.
Pelantikan itu bagi mengisi jawatan berkenaan ketika Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, bercuti.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan diadakan di Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, di sini.
Ketika berita ini ditulis, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Talib Mahmud masih mendapatkan rawatan di luar negara dan difahamkan cuti beliau dilanjutkan.
Setiausaha peribadi kepada TYT, Junih Salleh Ahmad dalam kenyataan pada 3 Ogos berkata, Tun Taib akan pulang ke Sarawak selepas mendapat kebenaran daripada doktor.
Asfia pernah memangku jawatan itu pada bulan Nov hingga Januari 2019 ketika Taib bercuti dan bulan Disember hingga Februari 2011 ketika Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bercuti rehat.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.