Udara Kuching paling tercemar di Sarawak

KUCHING— Kuching kini mencatat udara paling tercemar di Sarawak, berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Menurut laporan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) setakat jam 12 tengah hari ini, Kuching mencatatkan bacaan 91 diikuti Sri Aman dan Samarahan (87), IPD Serian (83) dan Bintulu (67), Sarikei (64) dan Kapit (61).

Manakala, Mukah (59), Sibu (57), Miri dan Samalaju (52), ILP Miri (51) dan Limbang (45). 

APIMS dalam laman sesawang itu memberitahu, secara keseluruhan, IPU di Sarawak pada tahap sederhana.

Bacaan IPU dikategorikan kepada lima iaitu baik (bawah 50), sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (300 ke atas).
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.