5 unit rumah teres dua tingkat musnah terbakar
KUCHING: Lima unit rumah teres RPR Batu Kawa musnah terbakar dalam kebakaran yang berlaku hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, sepasukan anggota BBP Padungan bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.12 petang.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan lima unit kediaman jenis separuh kekal," ujar beliau.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan 1 aliran 200 kaki, 2 nozel termasuk membuat 'fire break' di rumah keempat dan kelima.
Sehingga kini, pihak bomba sedang menjalankan kerja-kerja overhaul.
Jumlah sebenar mangsa terjejas dalam musibah yang berlaku belum dapat dipastikan.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.