28/8 SALIHIN contoh motivasi usahawan muda

KUALA LUMPUR: Kejayaan firma korporat SALIHIN boleh dijadikan contoh motivasi kepada usahawan muda tempatan dalam menetapkan keazaman yang tinggi dan tidak cepat menyerah kalah dalam perjuangan, kata Timbalan Perdana Menteri.

Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, dedikasi teguh firma SALIHIN untuk menegakkan integriti, ketelusan dan profesionlisme dalam penyampaian perkhidmatan selama 21 tahun adalah resipi kejayaannya.

Perkhidmatan ditawarkan SALIHIN membawa keyakinan kepada pelanggan dan rakan berkepentingan termasuk pihak berkuasa undang-undang, agensi pelaksana dan pesaing industri, katanya merasmikan Pusat Korporat dan Pelancaran SALIHIN Akademi di sini.

Fadillah berkata, kejayaan itu menjadi contoh bagi golongan profesional tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan.

Beliau berharap firma terbabit terus menerokai peluang yang lebih besar melalui pakar tempatan berprestasi tinggi di persada antarabangsa sepertimana yang dilakukan oleg golongan profesional dari negara maju yang membantu pemacuan ekonomi mereka melalui eksport perkhidmatan.

Firma SALIHIN ditubuhkan pada awal tahun 2002 dengan bermodalkan RM10,000 dengan hanya seorang kakitangan.
Kini firma itu menjana perolehan sebanyak RM25 juta setahun dengan tenaga kerja 250 orang profesional bertauliah dan pakar dalam pelbagai disiplin termasuk dalam bidang ekonomi, perakaunan, percukaian, kewangan korporat, perundingan syariah, teknoloho maklumat serta pengauditan dan jaminan.


Beliau mengucapkan syabas kepada Dr Salihin Abang, seorang anak jati berasal dari Petra Jaya, Kuching serta seluruh warga firma SALIHIN atas dedikasi, komitmen dan kesungguhan dalam menjadi firma itu antara firma tempatan paling pesat berkembang.

Kejayaan paling membanggakan daripada permulaan sederhana di sebuah ruang pejabat yang dikongsi, katanya, Kumpulan SALIHIN hari ini bukan sahaja mengukir nama di tengah-tengah ibu kota, tetapi juga mempunyai cawangan di Kuching, Johor Bahru dan Gombak.

Kumpulan SALIHIN, tambahnya, di Nairobi, Kenya, telah membuka sebuah cawangan sebagai langkah permulaan melebarkan sayap di peringkat antarabangsa.

Penubuhan Akademi SALIHIN membentuk satu penanda aras kesungguhan Kumpulan SALIHIN untuk menyumbang secara bermakna kepada profesionlisme dan pembangunan modal insan di negara ini.

Fadillah mengalu-alukan langkah firma SALIHIN untuk mewujudkan Akademi SALIHIN sebagai pelengkap kepada perkhidmatan profesional yang ditawarkan dan memenuhi tanggungjawab sosial korporat bagi melatih anak bangsa untuk lebih berdaya saing dan berpeluang lebih cerah mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi.

Akademi itu, tambahnya, akan memberi penyelesaian pendidikan dan latihan bagi pembangunan profesional dalam bidang kewangan dan perbankan Islam, pengurusan perniagaan, automasi digital, analitik, penyelesaian perakaunan.

Menurut beliau, akademi itu meletakkan sasaran untuk melatih 60 penuntut yang akan menyertai program pensijilan profesional setiap tahun merangkumi bidang kelulusan di bawah AAOIFI, CIBAFI dan IICRA.

Perjanjian Program Rakan Kongsi antara SALIHIN dengan firma digital antarabangsa Diligent Corporation, Amerika Syarikat akan membuka peluang baharu pertumbuhan serta inovasi, sekali gus meletakkan SALIHIN sebagai firma kewangan yang membawa permodenan dan perubahan paradigm di dalam bidang perakaunan, pengauditan dan perundingan korporat melalui pendigital dan automasi robotik.
Next Post Previous Post