Kanak-kanak lelaki ditemui rentung di bilik tingkat atas kediaman ke-2 dalam kebakaran RPR Batu Kawa

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati rentung di bahagian tingkat atas kediaman ke-2 dalam kebakaran yang berlaku di RPR Batu Kawa petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya sebentar tadi mengesahkan, mangsa dikenali sebagai Zayyan Nazeem Zainal Abidin berusia 6 tahun dalam pemeriksaan yang dijalankan pasukan bomba pada jam 3.33 petang.

Katanya, setelah keadaan terkawal dan tiada lagi berlaku kebakaran berulang, pihak bomba menjalankan kerja-kerja overhaul di rumah kedua dan ketiga. 

"Pasukan bomba terus melakukan kerja-kerja overhaul bagi mengesan lokasi mangsa yang dikatakan terperangkap," jelas beliau.

Pada jam 3.33 petang, pasukan bomba menemui mayat mangsa seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di rumah ke-2 pada bahagian bilik belakang tingkat atas.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Gambar masih pending
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.