10 kes positif rabies libatkan haiwan di Sarawak

KUCHING-- Sarawak merekodkan sepuluh kes positif rabies melibatkan haiwan sepanjang minggu keempat Ogos.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS) Dr Adrian Susin Ambud berkata, pecahan kes termasuk empat di Kuching masing-masing di sekitar Jalan Selangan Batu, Taman Hui Sing, Milan Square Jalan Wan Alwi, dan Jalan Chawan.

"Dua kes di Padawan iaitu Kampung Tematu dan Taman Indah Landeh.

"Selain, masing-masing satu kes di Jalan Stakan Kota Sentosa, Samarahan; Pasar Lama Tebedu, Serian; Kampung Bagak, Lundu serta Batu 8 Jalan Bintulu-Miri, Bintulu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu DVS Sarawak akan menganjurkan menganjurkan program vaksinasi rabies di beberapa lokasi berikut sebagai usaha mencegah penularan wabak tersebut.

Katanya, pemilik anjing boleh hadir ke SJK Chung Hua Sg. Tapang Hilir, MJC dan Stadium Awam Song, Kapit pada 26 Ogos bermula sekitar jam 8 pagi sehingga 4 petang untuk mendpatkan vaksin antirabies.

Bagi penduduk di Miri pula katanya, boleh hadir ke Dewan Awam Sepupuk, Niah pada 26 dan 27 Ogos sekitar jam 9 pagi hingga 4 petang untuk menerima vaksin tersebut.

“Selain, pemberian vaksin juga akan diteruskan di Lawas pada 28 di Arena Taman Awam Lawas dan 29 Ogos sekitar gelenggang futsal Trusan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Dr Adrian berkata, pemberian vaksin percuma ini bakal disambung pada 4 sehingga 6 September dan 8 September di sekitar kawasan Zon Jalan Merapok Lawas.

Lokasi itu katanya merangkumi Kampung Munchu dan Kampung Undop (4 Sept); Kampung Buking Manag/Kampung Marambai dan Kampung Lempaki Tengah (5 Sept); Kampung Pengalih dan Kampung Bada Buda (6 Sept) serta Kampung Sahabat Baru dan Kampung Natad Musu (8 Sept).
Next Post Previous Post