Wanita maut dalam kemalangan babitkan kereta dan lori di Jalan Bakam

MIRI— Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bakam dekat sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, anggota BBP Miri Central bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 1.49 petang 

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori Nissan dan sebuah kereta Nissan Almera. 

“Terdapat dua orang mangsa tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan pemandu kerta Nissan Almera tersebut. Pasukan penyelamat melakukan ‘size up’ untuk membantu mengeluarkan mangsa.

“Pemandu kereta Nissan Almera yang cedera parah diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala mangsa wanita berusia 33 tahun yang disahkan meninggal diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala pemandu lori hanya mengalami cedera ringan.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post