Kerajaan perkenal e-kredit tiket penerbangan, ringan beban pelajar pulang ke Sabah, Sarawak

SEPANG— Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan inisiatif e-kredit tiket penerbangan bagi meringankan beban pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) Sabah dan Sarawak pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan dan cuti semester.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia bakal dilaksanakan pada Ogos dan dijangka dilancarkan sebelum Hari Kemerdekaan, petik Sinar Harian.

“Inisiatif tiket kapal terbang ini akan dikreditkan ke akaun masing-masing untuk membeli tiket kapal terbang.

“Buat masa ini, sistem ini sedang dibangunkan sedkit masa lagi dan memerlukan integrasi daripada syarikat penerbangan terlibat,” katanya selepas melancarkan laluan penerbangan baharu syarikat penerbangan MyAirlines ke Bangkok, Thailand, di sini pada Jumaat.

Beliau menambah, inisiatif ini dijangka memanfaatkan lebih 50,000 pelajar Sabah dan Sarawak dari golongan B40 dan kurang berkemampuan yang menuntut di Semenanjung ketika ini.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.