"Toyol" muncul di Pristana Garden

Kelibat ‘toyol’ sedang memanjat pagar dan menceroboh masuk perkarangan rumah di Pristana Garden, malam tadi.

KUCHING— Seorang penghuni Pristana Garden dikejutkan dengan kelibat "toyol" yang telah bertindak memanjat pagar rumahnya, tengah malam tadi.

Sehubungan itu, penghuni berkenaan dalam hantaran Facebooknya meminta orang ramai di kawasan tersebut mengambil langkah berjaga-jaga berikutan kehadiran "toyol" terbabit.

"Toyol" yang dimaksudkan oleh penghuni berkenaan adalah seorang kanak-kanak lelaki yang telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV), bertindak memanjat pagar rumah penghuni tersebut.

Selepas kanak-kanak terbabit masuk di perkarangan rumah penghuni berkenaan, dia dilihat memeriksa sekitar halaman rumah itu.


Malah, kanak-kanak terbabit dikatakan seolah-oleh mencari sesuatu atau kunci rumah berkenaan.

Dia juga membuka peti surat di rumah penghuni berkenaan untuk mencari sesuatu.

Susulan insiden itu, penghuni terbabit sedang mengesan siapa kanak-kanak berkenaan.

"Laporan polis akan dibuat hari ini," tegas penghuni tersebut.
Next Post Previous Post