Tebingan Sungai Limbang yang terpanjang di Sarawak dijangka siap 2025

Ketiga-tiga fasa projek yang menelan kos hampir RM100 juta itu sedang giat dilaksanakan. (Gambar ihsan El Capitan)

LIMBANG— Projek Tebingan Sungai Limbang sepanjang 1.8 kilometer, terpanjang di Sarawak dijangka siap pada 2025.

Walikota Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat, berkata ketiga-tiga fasa projek yang menelan kos hampir RM100 juta itu sedang giat dilaksanakan.

Walikota Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat

“Fasa kedua meliputi projek tanah susur yang sudah bermula dan dijangka siap pada 2024.

“Kerja-kerja pembinaan kini berada di fasa tiga dan pihak konsultan serta kontraktor sedang berusaha menyiapkan projek ini mengikut jadual pada 2025,” katanya kepada media baru-baru ini.

Projek tebingan ini meliputi pembinaan jejantas tiga laluan serta jejantas menuju ke Tasik Mas yang sudah siap pada masa ini.
 
Projek Tebingan Sungai Limbang sepanjang 1.8 kilometer, terpanjang di Sarawak dijangka siap pada 2025 (Gambar ihsan El Capitan)

Sufian menambah, bagi fasa satu yang telah bermula awal namun kini berdepan masalah, ia akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk ditadbir urus jabatan itu.

MDL katanya menerima banyak permohonan daripada penduduk setempat untuk terlibat sama dalam aktiviti perniagaan di ruang niaga yang dibina di bawah projek tebingan sungai itu, yang kini masih dalam peringkat kajian.
Next Post Previous Post