Tahanan lari dari Lokap Balai Polis Tapah masih bebas, polis giat buru suspek

KUCHING-- Operasi memburu seorang tahanan yang dikenali sebagai Bony berusia 31 tahun yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah masih giat dijalankan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkara, OP Tutup/Kesan bagi Daerah Padawan yang bermula sejak 12 Jun 2023 sehingga ke hari ini memasuki hari ke-31 operasi pencarian masih dijalankan.

"Operasi pencarian seorang lagi suspek bernama Bony masih diteruskan. 

"Kawasan tumpuan rondaan terkini melibatkan kawasan pentadbiran Balai Polis Batu Kawa, Balai Polis Batu 10, Balai Polis Kota Sentosa, Balai Polis Siburan, Balai Polis Tapah dan Balai Polis Beratok," katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas lanjut operasi itu, katanya, sepanjang tempoh 30 hari operasi pencarian, seorang suspek bernama Kelvin, 21, telah berjaya ditahan pada 15 Jun lalu bertempat di Kolam Pancing Batu 22 Jalan Kuching Serian. 

"Suspek Kelvin disiasat di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan dan telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuching pada 20 Jun 2023. 

"Hukuman penjara 1 tahun daripada tarikh ditangkap," jelasnya.

Tambahnya, sepanjang operasi pencarian dijalankan, kekuatan IPD Padawan melibatkan seramai 64 orang iaitu 10 pegawai kanan polis dan 54 pegawai rendah polis. 

"Hebahan gambar suspek Bony kepada orang awam melalui 'Meet & Greet' turut dijalankan bagi membolehkan orang awam menghubungi Balai Polis berdekatan jika suspek kelihatan di kawasan kediaman mereka.

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat ke Bilik PDRM menyeru orang ramai agar 1 Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233," ujarnya.
Next Post Previous Post