Pikap terbalik di bahu jalan, cuba elak anjing
TATAU— Tiga penumpang cedera selepas pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki terbalik di bahu jalan selepas mengelak anjing melintas jalan di kawasan Iting Pelugau. Jalan Tatau-Selangau petang tadi.
Dalam insiden sekitar jam 3.06 petang itu, 4WD model Toyota Hilux itu dikatakan sedang bergerak dari arah Sibu menuju ke Bintulu sebelum terbalik akibat hendak mengelak dari terlanggar seekor anjing yang tiba-tiba melintas jalan.
Jurucakap Pasukan Bravo BBP Tatau dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa.
Bagaimanapun sejurus sampai di lokasi, kesemua mangsa sudah berjaya dikeluarkan orang awam ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat,maka pasukan bomba bertolak semula balik ke balai pada jam 4.20 petang.
Gambar BBP Tatau
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.