Rumah panjang Long Wat musnah terbakar ketika penghuni sedang nyenyak tidur
MIRI: 27 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas blok tengah rumah panjang Long Wat du Apoh Baram musnab dalam kebakaran awal pagi tadi.
Maklumat awal yang diperoleh dari Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 1.33 pagi.
Pihak Bomba kemudiannya bertindak menghubungi pelapor bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kebakaran yang berlaku.
"Bagaimanapun pasukan bomba hanya dapat ke lokasi kejadan pada awal pagi kerana perkhidmatan feri beroperasi bermula jam 6 pagi," ujarnya.
Dalam pada itu, Balai Polis Long Lama menghubungi Bilik Kawalan BBP Marudi pada jam 5.19 pagi tadi dan memaklumkan hanya blok tengah rumah panjang sahaja yang terbakar dan berjaya dipadamkan oleh penduduk rumah panjang pada jam 2.30 pagi.
Dimaklumkan hanya 27 pintu terbakar (blok tengah sahaja) Dikatakan kebakaran berjaya dipadamkan sekitar jam 0230 pagi tadi oleh penduduk kampung .
Setakat ini, pasukan penyiasat daripada Pejabat Zon 6 dan BBP Marudi sedang dalam perjalanan ke lokasi yang mana mengambil masa 5 jam perjalanan dari Miri melalui jalan balak.
Perkembangan berhubung kebakaran akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Gambar BBP Marudi
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.