Penunggang motosikal maut tercampak

BINTULU— Seorang lelaki maut tercampak ke pagar transformer Sarawak Energy Berhad dalam kemalangan kendiri yang berlaku di kawasan lampu isyarat Samalaju Industrial Park awal pagi tadi. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu berkata, sepasukan anggota BBP Bintulu bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 5.35 pagi.

Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang mangsa kemalangan jalan raya telah tercampak ke pagar transformer dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Komander operasi membuat size-up dan mengarahkan anggota menggangkat mayat tersebut dan memasukkan mayat tersebut ke dalam beg mayat," ujarnya.

Mayat tersebut diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Maklumat mangsa jelasnya tidak diketahui disebabkan mangsa tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat pasukan bomba bertolak balik ke balai dalam keadaan baik.

Gambar JBPM Bintulu
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.