Penunggang maut, pembonceng parah motosikal rempuh kereta masuk simpang

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Stapok Utama, Padawan tengah malam tadi.

PADAWAN—Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh kereta yang memasuki simpang di Jalan Stapok Utama, di sini pada tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendent Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis menerima laporan kira-kira 12 tengah malam melibatkan kereta Toyota Avanza yang bergerak dari arah Jalan Stapok Utama menghala ke Jalan Batu Kawa.

“Apabila sampai di persimpangan empat Jalan Stapok Utama berdekatan HK Square, kereta tersebut telah membelok ke kanan untuk masuk simpang dan tiba-tiba dilanggar oleh motosikal yang bergerak lurus datang dari arah bertentangan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut penunggang,33, disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan bertugas manakala pembonceng seorang wanita,47 yang cedera parah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pemandu Avanza iaitu lelaki berusia 57 tahun yang bekerja sebagai tukang masak bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Abang Zainal menambah, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Next Post Previous Post