Pemandu Toyota Hilux serah diri di balai polis setelah viral memandu secara berbahaya
BINTULU— Seorang lelaki berdepan hukuman penjara lima tahun dan denda RM15,000 selain hilang kelayakan memandu lima tahun kerana memandu secara berbahaya sehingga hampir menyebabkan kenderaan lain terbabit dalam kemalangan.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sarawak (JSPT) berkata, lelaki tersebut menyerah diri ke balai untuk siasatan polis, selepas video dia memotong secara berbahaya itu tular di media sosial sejak semalam.
“Pemandu didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mendatangkan ancaman bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Jika disabitkan kesalahan, Akta ini memperuntukan ๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐,๐๐๐ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐,๐๐๐ ๐๐๐ ๐ข ๐ค๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก๐๐ง ๐ค๐๐ฅ๐ข ๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ซ๐ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ฆ๐๐ฅ๐๐๐ข๐ก๐ข ๐ ๐ญ๐๐ก๐ฎ๐ง ๐ฌ๐๐ซ๐ญ๐ ๐ก๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฅ๐๐ฒ๐๐ค๐๐ง ๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ง๐๐ฎ ๐ฌ๐๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐ ๐ญ๐๐ก๐ฎ๐ง,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, video dashcam yang tular di media sosial menunjukkan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Hilux bewarna putih telah cuba memotong secara merbahaya dan hampir menyebabkan kenderaan lain terbabit dalam kemalangan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 2 Julai sekitar jam 2.10 petang berdekatan Jambatan Selitut Jalan Tatau-Bintulu.
“Video ini juga menerima banyak komen negatif atas tindakan pemandu ini yang memotong secara merbahaya dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
“JSPT Sarawak sentiasa mengingatkan kepada pengguna serta pemandu jalan raya yang lain agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya supaya boleh mengelakan berlakunya kemalangan maut,” katanya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.