MV Tung Sung akan diapungkan kesan 4 kru masing hilang
KUCHING— Kapal kargo MV Tung Sung yang karam dan terbalik di perairan Pulau Burung Rabu lalu akan diapungkan semula bagi mengesan empat lagi kru yang masih hilang.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus, berkata operasi pengapungan itu akan dijalankan syarikat yang dilantik, Hap Lee Shipping.
Beliau berkata, syarikat tersebut sejak semalam sudah memulakan proses tinjauan awal bagi melaksanakan pengapungan kapal tersebut.
“Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) empat kru yang masih hilang diteruskan pada hari keenam membabitkan keluasan 249. 96 batu nautika persegi dengan jumlah keseluruhan 1,113.92 batu nautika persegi.
“Sehingga jam 11 pagi tadi, tiada sebarang petunjuk baru ditemui oleh pasukan penyelamat,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, CARILAMAT hari ini dibantu seramai 82 pegawai dan anggota dari Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak Coast Guard, Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak.
Kapal kargo tersebut berlayar bersama muatan batu kerikil dari Kuching ke Sarikei bersama lapan kru pada malam Rabu lalu.
Gambar kredit APMM
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.