Menara telekomunikasi di Paya Mebi terbakar

KUCHING-- Sebuah menara telekomunikasi di Paya Mebi, Landeh terbakar malam Jumaat.

Perkara itu dikongsi Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi yang memaklumkan insiden itu menyebabkan gangguan terhadap perkhidmatan telekomunikasi kawasan di sekitar situ.

"Malam tadi (Jumaat) saya dimaklumkan oleh Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( MCMC ),Cawangan Sarawak Adiman Ajem tentang insiden kebakaran menara telekomunikasi di Paya Mebi Landeh.

"Kebakaran ini memberi kesan terhadap perkhidmaran telekomunikasi daripada CelcomDigi, Maxis, Umobile dan Unifi Mobile.

"Saya telah memaklumkan kepada pihak MCMC supaya berusaha mencari punca alternatif dari kawasan berdekatan untuk memberi perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna di kawasan yang terkesan," katanya dalam hantaran di Facebooknya semalam.

Jelasnya lagi, kebakaran itu berlaku disyaki akibat perbuatan vandalism dan terdapat kabel telah dipotong.

Berikutan insiden itu, beberapa kawasan terjejas perkhidmatan telekomunikasi seperti Kampung Paya Mebi, Kampung Landeh, Kampung Sebuak dan kawasan perumahan berdekatan di situ.
Next Post Previous Post