MBM rampas kuali, tempat memanggang

MIRI— Walaupun sudah diberikan amaran dan kompaun, masih terdapat segelintir pemilik premis makanan di sini berdegil meletakkan barangan di tempat parkir dan kawasan awam di belakang kedai.

Semalam, lapan buah premis sekitar Pusat Komersial Pelita, Marina dan Luak diserbu dalam operasi yang dikendalikan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Miri (MBM) dengan kerjasama polis.

MBM dalam kenyataan berkata, operasi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu menumpu kepada pemilik premis yang meletakkan barangan kedai atau persendirian di kawasan awam yang tidak dibenarkan.

“Antara barangan yang disita termasuk rangka besi, tempat memasak, tempat memanggang, kuali,peti ais, kerusi plastik, meja aluminium , bakul-bakul

“Sebelum ini tindakan amaran dan kompaun juga telah dikenakan namun tiada kerjasama yang telah daripada kebanyakan premis pekedai,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, MBM bertanggungjawab di dalam penguatkuasaan Cleanliness Bylaw dibawah seksyen 18 dan Seksyen 26, untuk memastikan pematuhan terhadap kebersihan dan keselamatan di kawasan awam.

“Khidmat nasihat juga telah diberikan kepada pemilik premis agar sentiasa menjaga kebersihan dan dilarang sekali untuk meletak barangan kedai atau peribadi di
kawasan awam. 

“Sekiranya masih lagi didapati gagal untuk mematuhi peraturan yang sedia ada, tindakan sitaan akan dilakukan pada masa yang akan datang,” tegasnya.
Next Post Previous Post