Mayat wanita tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Rejang

BELAGA: Penduduk di Pekan Belaga dikejutkan dengan penemuan mayat terapung seorang wanita di Sungai Rejang pada awal pagi tadi.

Bertindak atas maklumat orang awam, maka PDRM Belaga telah menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBPl Belaga pada jam 10.30 pagi bagi mengangkat mayat mangsa yang masih terapung di kawasan perairan 25 kilometer dari balai.

Menurut Jurucakap BBP Belaga, sampai di lokasi, pasukan bomnba mendapati sememangnya terdapat mayat seorang wanita yang terapung pada bahagian tebing sungai.

"Pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati mangsa merupakan seorang wanita dan namun belum diketahui identiti," jelasnya.

Pasukan bomba sejurus itu katanya mengangkat mayat mangsa dan menyimpannya dalam beg mayat sebelum menyerahkannya kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Gambar BBP Belaga
Next Post Previous Post