Lelaki tersepit dalam 4WD dipandu terbabas ke parit tepi jalan

BINTULU: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas 4WD model Isuzu Dmax yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke parit tepi jalan dalam kemalangan kendiri di Batu 13 Jalan Bintulu-Miri petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan angfora is BBP Bintulu bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.14 petang.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah 4WD yang terbabas ke dalam parit besar tepi jalan," ujarnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan seorang mangsa yang mengalami kecederaan serta tersepit pada bahagian kaki di dalam kenderaan pada ruangan pemandu dan telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan RTA.

Mangsa kemudiannya dihantar oleh unit EMRS Bomba ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.