Lelaki cedera, King terbabas ke dalam semak
Keadaan kereta yang terbabas ke dalam semak di Jalan Ong Kee Hui bulatan Taman Budaya hari ini. Gambar ihsan Bomba Sarawak |
KUCHING—Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam semak di Jalan Ong Kee Hui bulatan Taman Budaya petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, mangsa yang memandu kereta model Perodua Myvi itu turut mengalami sakit pada bahagian dada dan belakang.
"Sepasukan anggota BBP Padungan bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 3.50 petang," jelasnya.
Sampai di lokasi ujarnya, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah kereta terbabas ke dalam kawasan semak tepi jalan yang mana mangsa masih berada dalam kereta.
Anggota bomba kemudiannya bertindak membantu mengeluarkan mangsa dari kereta lalu diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi diberikan rawatan lanjut.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.