Peruntukan RM15 juta naik taraf prasarana SMK Gedong

Abang Johari merasmikan Majlis Penutupan Kem Belia E-mart pada Ahad.

GEDONG— Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong, bagi membaiki bangunan dan infrastruktur sekolah yang telah rosak dan uzur, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata, beliau prihatin dengan keluhan warga sekolah berkaitan keuzuran prasarana sekolah berkenaan dan memperuntuk dana sekitar RM15 juta untuk menyelesaikan isu tersebut. 

“Saya akan berusaha untuk menyalurkan dana khas di bawah Projek Khas yang mana sekarang dalam anggaran saya sebanyak RM15 juta,” katanya. 

Beliau mengumumkan peruntukan demikian semasa Majlis Penutupan Kem Belia E-mart di sini pada Ahad (23 Julai).

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong tersebut menambah, beliau sentiasa bersedia membangunkan sekolah di seluruh negeri tanpa mengira kawasan.  

“Kerajaan Sarawak turut membiayai sepenuhnya pembinaan semula Sekolah Ulu Segan di Bintulu dan Sekolah Kebangsaan Penasu di Daro. 

Dalam pada itu, beliau menyeru agar anak Sarawak terus bersemangat untuk mendapat pendidikan lebih-lebih lagi dalam bidang Sains supaya mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam ekonomi baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan. 

Gambar ihsan Jabatan Penerangan Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.