Kereta hilang dileraikan penyamun

BETONG—Sebuah kereta proton iswara ditemui oleh pekerja sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja di kawasan Jalan Pedanom dekat sini dipercayai kenderaan yang pernah diviralkan hilang dalam laman Facebook pada Ahad lepas.

Menurut mereka, penemuan kenderaan yang nampak mencurigakan dengan tiada tayar dan beberapa bahagian badan kenderaan yang telah diumpil menyebabkan mereka berhenti dan memeriksa.

"Khuatir melihat kenderaan yang nampak pelik dengan tiada bertayar dan tingkap terbuka, kami cuba memeriksa namun takut sebarang kemungkinan kenderaan tersebut kenderaan curi.

"Apa yang kami risau ianya seakan kenderaan yang pernah diviralkan hilang beberapa hari lalu," katanya.

Tambahnya, lokasi penemuan dikawasan Jalan Pedanom menghala ke kawasan kebun getah.

"Kenderaan tersebut juga menghalang laluan kami untuk ke tapak tempat kami menjalankan kerja. 

"Kami juga sempat mengambil gambar kenderaan tersebut sebagai bukti jika ada keperluan dan rekod.

"Dalam pada itu juga kami tidak meneruskan perjalanan dan terpaksa berpatah balik seterusnya menghubungi balai polis Betong untuk membuat laporan," ujarnya.

Walau bagaimanapun, kenderaan tersebut belum lagi disahkan sehingga siasatan dijalankan.
Next Post Previous Post