Kapal pelancong karam di Indonesia, tujuh rakyat Malaysia selamat

Kuala Lumpur— Wisma Putra mengesahkan tujuh rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian kapal pelancong karam di perairan Pulau Komodo, Labuan Bajo di Indonesia semalam selamat.

Perkara itu disahkan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

“Kesemua mangsa dibawa ke hospital tempatan bagi pemeriksaan lanjut.

"Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden itu dan sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya,” kata kenyataan yang disiarkan di Twitter Wisma Putra, hari ini.

Kenyataan itu menambah, sebarang perkembangan terkini mengenai insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +62 21 5224 947 dan +62 813 8081 3036 atau emel ke mwjakarta@kIn.gov.my
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.